 |
Thursday, November 29, 2007
BERSEDIALAH UNTUK MALAM PERTAMA
"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang
yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala
itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat
berbeza."
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan
ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada
malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan
terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan
anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan
lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan
dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia
yang kelam gelap-gelita.
Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita
lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang
sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita
mahukan? Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat
berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)."
(Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada
kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"
Posted at 02:14 am by amalinaa
Permalink
Tuesday, November 27, 2007
1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri
manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya
akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan
ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh
digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama
ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang
merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka
terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh
ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai
orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)
4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan
sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup
orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian,
perkongsian dan sebagainya.
5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda
agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia
yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka
dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan
rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana
ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering "
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang
individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan
orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika
dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan
bahawa
RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik
iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.''
(Riwayat Muslim).
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud:
"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba
Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim
daripada Muaz bin Jabal)
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha
bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah
dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian
yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan
tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata
kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang
berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
Posted at 02:08 am by amalinaa
Permalink
Saturday, November 24, 2007
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru kali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. masih dalam simpanan.. -pedang rasulullah saw Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. makam rasulullah saw Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai ding!n, kaki dan dada nya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Posted at 02:01 am by amalinaa
Permalink
Thursday, November 22, 2007
9 SITI yg patut dicontohi
1) Siti Khadijah
-
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat
oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika
Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
-
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan
1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku
takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah
-
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
-
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).
5) Siti Mariam
-
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah
yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan
Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
-
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
-
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Posted at 01:55 am by amalinaa
Permalink
Pada
tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta
manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta
yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah
kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang
menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan
tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di
pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian
berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah
antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan
dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat
kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus
yang datangnya daripada babi.
(source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
Pada
tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak
yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca
daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam
babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya,
sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa
lebih 2 juta orang.
(source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1)
Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Khinzir?
Jawapan
kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku
terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental
Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation
Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan,
kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih
berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di
sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina
daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak
ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana
itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan
daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post
bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.
(source : Washington Post , 31 Mei 1952)
Virus-Virus Daripada Khinzir
Ternyata
amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat
disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya.
Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.
Di dalam
Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12
orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari
Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada
kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman
virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis
menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman
dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.
(source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997)
Di
dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan
para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya
wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden
pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang
Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.
Mengikut
kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia
bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas
memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan
kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan
membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.
Penyakit-penyakit ini
bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada
tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977.
Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini
dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya
pada tahun 1918.
Posted at 01:28 am by amalinaa
Permalink
Wednesday, August 22, 2007
1. Doa perempuan lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab
Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka."
Posted at 12:31 am by amalinaa
Permalink
|
 |
|
|
 |
|